Saturday, 12 June 2021

Latihan Perakaunan STPM Semester 3 ( Kertas soalan)

 LATIHAN 1

Jawab dua soalan sahaja. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi, hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa.

 

SOALAN 1

a) Akauntan kos syarikat menyediakan belanjawan boleh ubah bagi kos overhed. Syarikat mengeluarkan sejenis mesin untuk mengempiskan perut. Anggaran pengeluaran adalah sebanyak 30,000 unit untuk tahun 2017, dan memaklumkan kos overhed perkilangan tetap dan berubah adalah seperti berikut:

 

Item Overhed

Kos Tetap

(RM)

Kos berubah seunit

(RM)

Buruh tak langsung

50,000

1.20

Belanja penyelenggaraan

25,000

0.80

Belanja utiliti

12,000

0.50

Belanja sewa

30,000

-

Belanja susutnilai mesin

-

0.20

 

Dikehendaki:

(i) Sediakan belanjawan boleh lentur overhed yang menunjukkan peningkatan pengeluaran sebanyak 10%.                                                                                                            [3 markah]

 

(ii) Sediakan laporan prestasi overhed jika pengeluaran sebenar adalah sebanyak 28,000 unit dalam tahun 2017. Kos overhed yang sebenar berlaku adalah seperti berikut:

 

Item Overhed

RM

Buruh tak langsung

85,000

Penyelenggaraan

45,000

Belanja utiliti

24,500

Sewa

30,000

Belanja susutnilai mesin

5,600

  [5 markah]

(iii) Berikan dua perbezaan antara belanjawan statik dan belanjawan boleh ubah          [2 markah]

 

 

(b)  Penyata Kedudukan Kewangan berikut menunjukkan kewangan dua syarikat, iaitu Syarikat Segar Sdn Bhd dan Syarikat Mekar Sdn. Bhd.

 

Penyata Kedudukan Kewangan  Pada 30 Jun 2018

 

Segar Sdn Bhd (RM)

Mekar Sdn Bhd (RM)

Aset Semasa

 

 

Inventori

                93,000

               65,400

Penghutang(bersih)

              110,400

               81,600

Bank

                23,000

               18,400

Belanja prabayar

                  3,000

                 3,400

 

              229,400

             168,800

Aset Tetap

 

 

Loji dan peralatan (bersih)

              380,600

             320,800

 

              610,000

             489,600

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

 

 

Liabiliti semasa

                92,000

               69,000

Liabiliti jangka panjang

              138,000

             115,000

Modal berbayar

240,000

             240,000

Keuntungan terkumpul

              140,000

               65,600

 

              610,000

             489,600

 

 

 

Maklumat tambahan ;

1. Akaun untung rugi kedua-dua syarikat berkenaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2018 menunjukkan maklumat berikut :

 

Segar Sdn Bhd

Mekar Sdn Bhd

 

RM

RM

Jualan

874,000

662,400

Kos Jualan

585,400

440,800

Keuntungan operasi selepas cukai

66,600

39,000

2. Baki beberapa akaun pada 1 Julai 2017 adalah seperti berikut :

 

 

Segar Sdn Bhd

Mekar Sdn Bhd

 

RM

RM

Inventori

86,200

58,600

Jumlah aset

586,400

476,000

Keuntungan terkumpul

135,600

62,000

Akaun Belum Terima

101,200

75,800

 

3. Jualan syarikat adalah jualan kredit bersih bagi Syarikat Segar Sdn Bhd dan Mekar Sdn Bhd masing-masing adalah 80% dan 90% daripada jumlah jualan.

 

Dikehendaki :

 

(a) Hitung setiap yang berikut bagi Syarikat Segar Sdn Bhd dan Mekar Sdn Bhd dan berikan ulasan bagi setiap perbezaan.

 

i) Nisbah semasa

ii) Pusing ganti Akaun Belum Terima

iii) Kadar pulangan atas aset

iv) Pusing ganti inventori       [8 markah]

(b) Nyatakan syarikat yang mana mempunyai nilai pelaburan yang lebih baik. Berikan ulasan anda.       [2 markah]

 

 

SOALAN 2

(a) Untung bersih Perkongsian NAS yang tercatat pada akaun untung rugi bagi tahun berakhir       

      31 Disember 2017 adalah RM48 900, sebelum mengambil kira perkara-perkara berikut:

 

(1) Belanja susutnilai kenderaan RM3 000 belum lagi dicajkan

(2) Gaji pekongsi RM6 000 direkodkan ke akaun gaji pekerja dan telah dibayar

(3) Utiliti terakru RM230 belum lagi diambil kira

 

Perjanjian  perkongsian menyatakan:

(1) Gaji pekongsi Naji adalah RM10 000 setahun

(2) Untung rugi dibahagikan pada nisbah 2:1:1

(3) Faedah atas modal adalah 6% setahun dan Faedah atas ambilan 5 % setahun.

(4) Wani dan Naji memberi jaminan kepada Shaz bahawa untung yang dibahagikan

kepada Shaz (tidak termasuk faedah atas modal) adalah tidak kurang daripada RM10,000 setahun

Baki akaun modal pada 1 Januari 2017 adalah

Wani

RM 100,000

 

Naji

RM50,000

 

Shaz

RM50,000

Ambilan sepanjang tahun tersebut adalah

Wani

RM 10,000

 

Naji

RM 8,000

 

Shaz

RM 5,000

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikehendaki:

(i) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017               [8 markah]

(ii) Nyatakan dua kelebihan perniagaan perkongsian dari sudut ekuiti                           [2 markah]

 

(b) Syarikat Penglipur Lara Bhd. telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 dengan modal dibenarkan terdiri daripada saham biasa dibenarkan 5,000,000 unit pada nilai par RM2.00 sesaham. Sebahagian daripada maklumat Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Penglipur Lara Bhd. pada 1 Januari 2018 ditunjukkan seperti berikut:

 

Aset

 

 

RM

 

Tunai

7,500,000

 

 

 

Ekuiti

 

 

 

Modal diterbitkan :

2,000,000 saham biasa, nilai par RM2.00 sesaham

 

4,000,000

 

Premium saham

1,000,000

 

Keuntungan tertahan

1,500,000

 

 

 

Bagi tahun 2018, Lembaga Pengarah syarikat telah bersetuju tentang beberapa perkara yang melibatkan pelaburan dan modal syarikat seperti yang berikut:’

 

(1) Pada 1 Februari , syarikat telah menerbitkan 800,000 unit saham biasa pada harga RM3.00  

      sesaham.

(2) Pada 1 April , syarikat telah menerbitkan 50,000 unit debentur 10% yang berharga RM10.00

      setiap unit pada RM8.00 seunit yang dibayar penuh. Debentur ini akan matang dalam tempoh  

      5 tahun.

(3) Pada 31 Mei,  syarikat telah melaksanakan terbitan hak kepada pemegang saham sedia ada

      yang memiliki saham sehingga 30 April dengan nisbah 5 : 1 pada harga RM2.20 seunit.

      Semua terbitan ini telah dilanggan sepenuhnya.

(4) Pada 31 Disember , Syarikat memindahkan pendapatan bersih untuk tahun semasa sebanyak

      RM2,500,000 kepada untung tertahan

(5) Pada 31 Disember, syarikat telah melaksanakan terbitan bonus saham kepada pemegang

      saham sedia ada dengan nisbah 10:1 pada nilai tara menggunakan premium saham.

 

Dikehendaki:

Menyediakan catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga ini.                               [10 markah]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN 3

  

(a) Berikan definisi butiran berikut beserta contoh

i) Tunai

ii) kesetaraan tunai       [3 markah]

 

(b) Berikut adalah item terpilih daripada buku MyRasa Sdn. Bhd.

 

Penyata Kedudukan Kewangan Perbandingan pada 30 Sept 2017 dan 2018

 

 

Aset semasa

2018

(RM)

2017

(RM)

 

Tunai

69,700

  17,600

Akaun belum terima

         41,900

44,000

Faedah belum terima

           4,100

2,800

Inventori

        121,700

116,900

Belanja-belanja prabayar

            8,600

9,300

 

Liabiliti semasa

 

 

Nota belum bayar

22,000

-

Akaun belum bayar

61,800

70,300

Cukai belum bayar

21,800

24,600

Gaji belum bayar

  1,500

1,100

Faedah belum bayar

  4,500

3,200

Lain-lain liabiliti belum bayar

17,900

29,100

  

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 September 2018

Jualan

RM 391,600

Untung (jualan tanah)

10,900      

Hasil faedah

7,300

Kos barang dijual

161,500

Belanja gaji

         63,400

Lain-lain belanja operasi

29,600

Belanja cukai

18,400        

Belanja faedah

13,500

Susutnilai

8,500     

 

Data urusniaga bagi tahun berakhir 30 September 2018 :

1. Belanja susutnilai peralatan RM 8,500

2. Membeli pelaburan jangka panjang RM 37,300

3. Menjual tanah yang berkos RM27200

4. Membeli peralatan dengan terbitan nota belum bayar jangka panjang RM26,300

5. Menjelaskan nota belum bayar jangka panjang RM 24,700

6. Membuat terbitan saham sebanyak 17,300 unit (nilai par RM2.50) dengan premium
RM0.50

7. Membayar dividen tunai RM 64,300

8. Membeli peralatan dengan terbitan nota belum bayar jangka pendek RM 22,000

Dikehendaki:

i) Sediakan Penyata Aliran Tunai mengikut kaedah langsung bagi tahun berakhir 30 September 2018.      [15markah]

ii) Nyatakan dua urusniaga yang tidak melibatkan aliran tunai tapi memberi kesan kepada perubahan aset,liabiliti dan ekuiti                                                      [2 markah]

 

 

JAWAPAN 


SOALAN 1

 

1a(i)    Belanjawan Boleh Lentur Overhed bagi tahun 2017

Tingkat keluaran (unit)

33,000

Buruh tak langsung

89,600

Penyelenggaraan

51,400

Belanja Utiliti

28,500

Sewa

30,000

Belanja susut nilai mesin

6,600

 

(ii) Laporan Prestasi bagi tahun 2017

Item overhed

Kos Belanjawan

Kos Sebenar

Varians

Buruh tak langsung

83,600 √√

85,000

1,400 TM √

Penyelengaraan

47,400 √√

45,000

2,400 M √

Belanja utiliti

26,000 √√

  24,500       

1,500 M √

Sewa

30,000 √

30,000

-

Belanja susut nilai mesin

5,600 √

5,600

-

[11  √ x ½ = 5 ½ max 5m]   

   iii) Perbezaan belanjawan statik dan boleh ubah/lentur

Belanjawan Statik

Belanjawan Boleh Lentur

1.Satu tahap aktiviti                                                 √√

Beberapa tahap aktiviti                                     √√

2. Laporan dibuat berdasarkan penggunaan

    output yang dirancang                                         √√               

Laporan dibuat berdasarkan penggunaan tahap output sebenar                                                             √√

3. Laporan tidak dapat menunjukkan kos terkawal atau tidak pada tahap aktiviti sebenar

Laporan boleh menilai samada  kos terkawal atau tidak pada tahap aktiviti sebenar

                                                                                                                            [4  √ x ½ = 2m]  

 

 

 

 

 

 

 

b)

i) Nisbah/ Syarikat

Segar Sdn Bhd

Mekar Sdn.Bhd

Ulasan

 Nisbah Semasa

=  Aset semasa

Liab. Semasa

229,400 √ = 2.49 : 1 √

   92,000  √

168,800  √= 2.45 : 1 √

    69,000√

Mampu bayar hutang jangka pendek           Sy. Segar lebih baik berbanding Sy Mekar  √√

ii)Pusing ganti ABT

=Jualan kredit

    Purata ABT

(80% x 874,000)

(101,200 +110,400)/2

699,200√        

105,800√   

 = 6.6 1 kali √

(90% x 662,400)

(75,800+81,600)/2

596,160 √  

 78,700√  

=7.58 kali  √

Kawalan kredit Sy Mekar lebih cekap berbanding Sy. Segar  √√

iii) Kadar Pulangan Atas

      Aset

=   UB Selepas Cukai

            Purata aset

66,600

(586,400+ 610,000)/2

66,600 √ x 100

598,200 √

= 11.13 % √

39,000

(476,000+489,600)/2

39,000 √ x 100 482,800√  

=8.07% √

 

Sy. Segar lebih cekap mengguna aset untuk menjana untung berbanding Sy. Mekar  √√

iv)Pusing ganti inventori

 =    Kos Jualan

        Inventori purata

 

585,400

(93,000+ 86,200)/2

= 585,400√   

  89,600 √

=6.53 kali  √

440,800

(65,400+58,600)/2  

440,800 √

62,000 √

=7.11 kali √

Pengurusan inventori Sy. Mekar lebih cekap berbanding

Sy. Segar √√

32  √    x  ¼  = [ 8m]            

 

b) Dari segi pelaburan Syarikat Segar √√mempunyai nilai pelaburan yang lebih baik kerana kadar pulangan atas aset √√ adalah jauh lebih baik berbanding Syarikat Mekar       (2m)                                                

 

 


SOALAN 2

a) i) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

Untung bersih  (48,900+6000-3000-230)                               51,670√√√

 

          (+) faedah atas ambilan:

                Wani(5%x10000)                        500√

                Naji   (5%x 8000) 400√

Shaz(5% x 5000) 250 √    1,150

52,820

(-) faedah atas modal

Wani (6%x 100,000)        6,000  √√

    Naji    (6%x 50,000)    3,000  √√

    Shaz   (6%x 50,000) 3,000  √√  12,000

 

                  Gaji – Naji       10,000       22,000

        30,820

Pembahagian Untung:

   Wani (2/3 x 20,820)                  13,880  √√

   Naji (1/3 x 20,820 )         6940  √√

               Shaz        10,000  30,820

 

 [17 √ x ½ =8 ½ max 8m]

 

ii) Dua kelebihan perniagaan perkongsian dari sudut ekuiti

 

1) Tiada had modal yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pendaftar Perniagaan Malaysia untuk perkongsian √√

2) Perniagaan perkongsian boleh mendapatkan sumber modal tambahan daripada setiap rakan kongsi perniagaan √√

3) Kemungkinan untuk menikmati kelebihan dari segi cukai di mana dari segi status perniagaan perkongsian tidak tertakhluk kepada cukai pendapatan syarikat tetapi hanya tertakhluk kepada cukai pendapatan individu       

4) Proses pemulangan ekuiti kepada rakan kongsi yang menarik diri adalah lebih mudah berbanding proses pemulangan ekuiti syarikat berhad.                                 

[mana-mana dua = 2m]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

b)

 

Butiran

Debit

Kredit

 

2018

Feb. 1

Tunai

                  Modal Saham Biasa

                  Premium Saham Biasa

 (merekod Saham Biasa)

 2,400,000 √

 

 

1,600,000  √

  800,000   √

 

Apr. 1

Tunai

Diskaun Debentur

                  10% Debentur

(menerbitkan debentur)

   400,000  √

   100,000 √√

 

 

 

500,000 √

 

Mei 31

 

 

Tunai

                   Modal Saham Biasa

                   Premium Saham biasa

(merekod terbitan saham biasa)

1,232,000 √

 

 1,120,000  √√

  112,000   √√

4000,000

1600,000

5,600,000/5

= 1,120,000

Dis 31

Pendapatan bersih

                  Keuntungan Tertahan

(memindahkan pendapatan bersih)

2,500,000  √

 

 

2,500,000 √

 

Premium Saham Biasa

                Modal Saham Biasa

(Merekod terbitan saham bonus)

672,000  √

 

672,000  √√

5,600,000

1,120,000

6,720,000 /10

=672,000

Faedah Debentur (10%x500,000 x 9/12)

                Faedah Belum Bayar

(merekod faedah deb. Belum bayar)

   37,500 √√   

 

 37,500√  

 

 

 

[ 20 X ½  = 10m]


SOALAN 3

 

(a)

i. Tunai di tangan / dan deposit-deposit permintaan /. Contoh: cek tunai, wang tunai di bank, draf bank dan wangpos / (salah satu contoh)

ii. Setara tunai

Ø pelaburan yang sangat mudah cair dalam jangka pendek /

Ø tersedia pada bila-bila masa untuk ditukarkan kepada sejumlah tunai /

Ø dipegang untuk tujuan memenuhi komitmen tunai jangka pendek dan bukan untuk tujuan pelaburan atau kegunaan lain.

Ø Contoh: pelaburan jangka pendek /  [3 markah]

(b)

MyRasa Sdn. Bhd.

Penyata Aliran Tunai bag itahun berakhir 30 September 2018/

Aliran tunai dari aktiviti operasi

RM

RM

Penerimaan daripada pelanggan (391600 +44000-41900)

393,700

///

Hasil Faedah (2800 +7300-4100)

6,000

//

Bayaran kepada pembekal (161500+121700-116900+70300-61800)

(174,800)

/////

Bayaran untuk lain-lain belanja (29100+29600+8600-9300-17900)

(40,100)

/////

Bayaran gaji (63400+1100-1500)

(63,000)

//

Bayaran cukai (18400+24600-21800)

(21,200)

//

Bayaran Faedah (13500+3200-4500)

(12,200)

//

Aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi

 

88,400

 

 

 

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan

 

 

Jual tanah

38,100

//

Beli pelaburan jangka panjang

(37,300)

/

Aliran tunai bersih daripada aktiviti pelaburan

 

800

 

 

 

Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan

 

 

Bayaran nota belum bayar

(24,700)

/

Terbit saham biasa [17300 x( 2.50+0.50)]

51,900

//

Bayar dividen

(64,300)

/

Aliran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan

 

(37,100)

 

 

 

Lebihan tunai

 

/52,100

+ Baki awal tunai

 

17,600

Baki akhir tunai

 

69,700

  [30 / X ½ =15  markah]

 

Urusniaga yang menyebabkan perubahan aset, liabiliti dan ekuiti tetapi tiada kesan PAT

i)  Penilaian semula aset tetap

ii) Pembelian aset dengan menerbitkan saham, bon, nota belum bayar dan lain-lain liabiliti

iii) Terbitan saham bonus

iv) Menjelaskan liability dengan menerbitkan saham

v)  Menjelaskan liabiliti dengan menukarnya dengan aset bukan tunai 

 

 

 

LATIHAN 2 ( 2015 PAST YEAR QUESTION )








JAWAPAN ( 2015 ) 


 

 

 


 

 

 

 


 

 

 

 

 

 




No comments:

Post a Comment