ANALISIS AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA BAGI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN PERINGKAT BAWAHAN DI SYARIKAT THE STORE MALAYSIA SDN BHD , AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD , SJPOM LOGISTICS SDN BHD DAN BBX HOLDINGS (M) SDN BHD
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan ke atas syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd , Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd. Objektif kajian ini ialah menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan pertengahan di syarikat Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd dan peringkat pengurusan bawahan di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpulkan data berkaitan kajian ialah data primer dan dan data sekunder.Dengan data sekunder , dokumen-dokumen jurnal digunakan untuk mencari data-data yang berasaskan kepada penulisan dan dokumentasi bertulis dan pengkaji telah mendapat pengaksesan menggunakan laman sesawang ini membolehkan pengkaji untuk memperoleh maklumat mengenai iklan syarikat-syarikat yang telah dipilih untuk dikaji dalam kajian. Pencapaian organisasi sangat berkait rapat dengan pemilihan sumber manusia yang tepat. Tindakan menarik minat atau merekrut pekerja merujuk kepada proses mencari atau menarik sekumpulan individu atau calon-calon yang berpotensi dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi. Proses ini juga merupakan antara tindakan yang paling penting dalam pengambilan sumber manusia kerana bertanggungjawab untuk merekrut tenaga kerja yang unggul. cadangan untuk analisis pengambilan sumber manusia bagi syarikat yang telah dikaji oleh pengkaji, The Store Malaysia Sdn Bhd , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd , Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd ialah ujian penilaian dijalankan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dengan mengukur kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mental serta fizikal calon. Pada masa yang sama, organisasi juga perlu melaksanakan pemilihan berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Strategi pengambilan sumber manusia yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan yang ditawarkan dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
1.0 PENGENALAN
Pengurusan sumber manusia adalah mengenai pembangunan individu dan juga organisasi di mana mereka beroperasi (Haddock, Nosky, Fargason, & Kurz, 1995). Sumber manusia merancang strategi keseluruhan organisasi dan matlamat, reka bentuk sistem kerja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan, memantau kualiti, memperuntukkan sumber kewangan, dan pasaran produk dan perkhidmatan. Oleh itu, individu memainkan peranan penting dalam organisasi kerja (Haddock et al., 1995).
Lee (1993) menjelaskan bahawa sumber manusia akan memberikan sumbangan yang signifikan dalam peningkatan ekonomi secara berskala. Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) (1999), mendapati penggunaan yang cekap dan pembangunan sumber manusia yang cekap, secara berterusan akan kekal menjadi matlamat utama dalam tempoh akhir rancangan. Sehubungan itu, penyesuaian pasaran buruh yang berkesan dan pelaburan tenaga manusia yang lebih besar amat diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti tenaga kerja.
Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 3 Mac 1994. Kajian amalan pengambilan sumber manusia merupakan bagi peringkat bawahan di cawangan The Store Ipoh , Perak yang terletak di 203, Jalan Kampar, 30250. Syarikat Store juga beroperasi melalui anak syarikat milik penuh Hypermarket Pasifik & Department Store Sdn Bhd. diiktiraf sebagai pasar raya dan rantaian jabatan yang terbesar dan tertua oleh Malaysia Book of Records sejak tahun 2001, dengan 75 cawangan operasi merangkumi kira-kira 1 juta meter persegi ruang niaga di seluruh Malaysia. Pelbagai produk yang ditawarkan terdiri daripada hasil segar, pelbagai jenis makanan dan minuman, peralatan elektrik, pakaian, kasut, beg, barangan rumah, produk bayi dan kanak-kanak, kosmetik dan sebagainya. Dalam tempoh 47 tahun, Syarikat Store telah berkembang dalam keadaan pesat dan telah menjadi peruncit terkemuka di negara ini.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai 4 objektif berkaitan amalan pengambilan oleh syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd , Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd .
n Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd , Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd .
n Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan pertengahan di syarikat Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd .
n Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan bawahan di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd .
n Menyediakan resume untuk kekosongan jawatan penyelia akauntan di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd bagi pemohon lepasan STPM .
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Sumber manusia merupakan sumber terpenting di dalam sesebuah organisasi, di mana mereka ini menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber manusia , organisasi tidak akan dapat bergerak malah tidak akan wujud. Pengurusan sumber manusia memainkan peranan penting membantu kejayaan sebuah organisasi.
Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengkaji analisis amalan pengambilan sumber manusia bagi peringkat pertengahan dan peringkat bawahan di syarikat the store malaysia sdn bhd , chang jiang international sdn bhd , sjpom logistics sdn bhd dan bbx holdings (m) sdn bhd .
Syarikat The Store mempunyai 75 cawangan operasi di seluruh Malaysia, menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada pembeli semua peringkat pendapatan. Pasar raya cawangan The Store Ipoh , Perak yang terletak di 203, Jalan Kampar, 30250 menawarkan pelbagai produk yang terdiri daripada hasil segar, tenusu, pelbagai makanan dan minuman, dan keperluan harian yang lain; manakala kedai jabatan membawa pelbagai pilihan fesyen serta pakaian, peralatan elektrik, dan barangan isi rumah kepada pengguna dari semua peringkat umur. Pasaraya Store dan kedai serbaneka berkonsepkan matlamat untuk menawarkan lebih nilai untuk membeli-belah dalam harga yang berpatutan , dengan menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga yang rendah dan memastikan perkhidmatan yang komprehensif kepada pembeli.
Seterusnya , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1993 oleh pengasas Ali Hassan Mohd Hassan, Al-Ikhsan kini merupakan peruncit sukan ke-64 terbesar di dunia. Syarikat Al-Ikhsan adalah peruncit sukan pelbagai jenama terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 100 cawangan milik korporat dan 40% bahagian pasaran.Syarikat ini membeli peralatan sukan, pakaian dan kasut dari jenama utama seperti Adidas, Nike, Puma, Asics dan Lotto. Cawangan ini terletak di Lot f16, Tingkat 1 Aeon Mall, Ipoh Klebang Lot 12080, Klebang Perdana, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.
SJPOM Logistics Sdn Bhd di No. 8 , 26700 Muadzam Shah, Pahangadalah salah satu anak syarikat milik Kumpulan iKHASAS. Perniagaan semula jadi syarikat kami akan memberi tumpuan kepada logistik dan kami berpusat di kilang kami, Pekan Pahang. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Ikhasas, kami percaya bahawa orang ramai adalah aset terbesar bagi syarikat untuk mencapai pertumbuhan dan objektif jangka panjang untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakan niaga dan pelanggan. Syarikat bukan sahaja memberi keutamaan kepada perkhidmatan yang terbaik malah juga memenuhi keperluan dan kehendak pekerja serta pelanggan . Pada masa yang sama , syarikat bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab sosial agar terus mendapat sokongan daripada masyarakat .
Ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Allahyarham Michael dan Mirielle Touma, Bbx Holdings (m) Sdn Bhd (BBX) di 39, Persiaran Zarib 1, Taman Pinji Mewah, 31500 Lahat, Negeri Perak telah berkembang menjadi rangkaian pertukaran perdagangan terbesar di dunia. Pada teras BBX, syarikat percaya dengan kemasukan kewangan, mengubah dan berkembang perdagangan untuk perniagaan tanpa mengira saiz. Platform digital BBX memberikan keyakinan 90,000 pemegang kad aktif untuk menyambung dan berdagang dengan cara baru dan menarik, melalui pelbagai saluran seperti dalam talian, mudah alih, melalui aplikasi atau secara peribadi. Melalui penggabungan kemajuan teknologi, BBX mencipta cara yang lebih baik untuk berdagang, mengoptimumkan bekalan inventori dan memaksimumkan peluang perniagaan. Justeru, syarikat akan terus berusaha meluaskan pasaran serta memperbaiki platform digital yang ditawarkan kepada pelanggan agar lebih canggih dan selaras dengan perkembangan sejagat .
Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat Kerja Kursus (KK) mata pelajaran Pengajian Perniagaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan tentang cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat untuk kajian dengan dua cara ; iaitu data primer dan data sekunder .
4.1 DATA PRIMER
Sumber data primer adalah responden. Responden berbeza dari informan. Responden adalah sumber data tentang keragaman dalam gejala, berkaitan dengan perasaan, kebiasaan, sikap, motif dan persepsi. Sedangkan informan ialah sumber data yang berhubungan dengan pihak ketiga, dan data tentang hal yang membentuk atau gejala umum (Jasmi, Kamarul Azmi; Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif , 2012)
Data primer adalah data utama atau data pokok yang digunakan dalam penelitian. Data primer merupakan sumber data atau maklumat asas mengenai sesebuah kajian. Sumber data primer biasanya diperolehi secara terus tetapi memerlukan pengadaptasian oleh pengkaji sebelum menjadi hasil kajian yang baik.Pengumpulan data primer kajian ini menggunakan kaedah temubual dan set borang soal selidik. Kelebihan data primer adalah kelengkapan dari data tersebut dapat diperoleh sesuai dengan yang diinginkan oleh peneliti sehingga cocok dengan tujuan penelitiannya.
4.1.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah kajian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.Kaedah ini merupakan yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga . Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografi yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji .Kaedah ini dijalankan apabila pengkaji memerlukan data secara langsung dan bagi memastikan terdapat bukti secara fizikal atau dapatan yang boleh diukur dengan penglihatan.
Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara langsung seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi, iaitu kajian tentang kehidupan masyarakat. Pengkaji biasanya melibatkan diri dengan subjek yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan subjek tersebut.
4.2 DATA SEKUNDER
Menurut Marican (2005), data sekunder boleh dirujukan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian. Data-data tersebut masih lagi sesuai dan relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada informasi mahupun formulasi yang baru untuk kajian pada masa kini. Maklumat atau bahan terbitan yang dikumpul oleh pengkaji lain boleh digunakan sebagai rujukan untuk mencipta formula atau informasi baru bagi menyelesaikan masalah yang timbul pada masa kini mahupun masa depan. Kelebihan data sekunder adalah data tersebut lebih mudah dan lebih cepat diperoleh.
4.2.1 Sumber Dokumen
Data sekunder yang digunakan dalam kajian ini adalah dokumen-dokumen jurnal. Pendekatan ini digunakan untuk mencari data-data yang berasaskan kepada penulisan dan dokumentasi bertulis. Data-data yang digunakan adalah terdiri daripada sumber primer dan sekunder yang diperolehi dari bahan-bahan bertulis seperti artikel, jurnal dan tesis. Sumber seperti Amalan Pengambilan dan Pemilihan Sumber Manusia ( Mohd Makhbul, Zafir & Hasun, Fazilah. 2012) , Amalan Pengambilan Dan Pemilihan Pekerja: Tinjauan Ke Atas Firma Terpilih Di Sektor Perkilangan ( Zafir Mohamed Makhbul Fakulti Ekonomi ) telah digunakan sebagai rujukan dalam proses penyiapan kerja kursus ini.
4.2.2 Sumber Internet
Pengkaji telah menggunakan sumber internet bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini.Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu pengkaji untuk memperoleh maklumat yang lebih luas dan terkini mengenai skop kajian. Hal ini kerana segala maklumat dapat diperoleh menerusi internet tanpa had dan merentasi masa. Pengaksesan menggunakan laman sesawang ini membolehkan pengkaji untuk memperoleh maklumat mengenai iklan syarikat-syarikat yang telah dipilih untuk dikaji dalam kajian. Antara laman sesawang yang diakses untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini adalah seperti https://malaysia.indeed.com/jobs , https://www.jobstreet.com.my/en/job-search , dan https://jawatankosongku.net/info/kerja-kosong-bagi-pelajar-lepasan-stpm/. Segala maklumat yang diperoleh menerusi internet dikumpul dan dipastikan bahawa maklumat yang relevan untuk kajian bagi dimuatkan dalam penghasilan kerja kursus.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian merupakan hasil daripada kajian yang didapati oleh pengkaji mengenai sesuatu kajian. Dapatan kajian menurut (Cresswell, 2010) bermaksud adalah merupakan satu dapatan kajian yang melaporkan berkaitan penyiasatan atau penerokaan masalah, mengenalpasti soalan yang dikenalpasti, dan mengandungi data yang dikumpul, serta analisis yang ditafsir oleh pengkaji.”
5.1 ANALISIS PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
Menurut Mokthar Pet.(2015).Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1 Edisi Kemas Kini: Oxford Fajar Sdn. Bhd. (0088974-T) , pengambilan sumber manusia yang bersesuaian dan berkesan merupakan antara fungsi pengurusan sumber manusia yang merekrut sejumlah calon pekerja berdasarkan perancangan keperluan sumber manusia yang telah ditetapkan oleh organisasi . Secara umumnya , pengambilan sumber manusia melibatkan beberapa proses.
5.1.1 Analisis Sumber Iklan
Sumber iklan merupakan salah satu kaedah menarik minat atau merekrut pekerja yang merupakan sumber luaran. Jawatan kosong boleh dihebohkan melalui media cetak dan media elektronik seperti internet dan surat khabar. Iklan yang berkesan seharusnya menarik perhatian pekerja, tidak terlalu panjang iaitu ringkas dan padat, terperinci, dan mempunyai maklumat kelayakan pemohon. Pengkaji telah mengambil 4 iklan daripada 4 syarikat yang berbeza bagi melihat kekuatan dan kelemahan syarikat-syarikat tersebut dari segi sumber iklan .
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Kajian bertujuan menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd , Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji berpendapat bahawa pengambilan sumber manusia yang berkesan dapat membantu dalam kejayaan sebuah organisasi.
Seterusnya, pengkaji dapat menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan pertengahan di syarikat Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd dan mendapati bahawa sumber manusia menetapkan spesifikasi dan penghuraian kerja yang lebih tinggi berbanding dengan amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan bawahan di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd .
Penyediaan resume untuk kekosongan jawatan penyelia akauntan di syarikat The Store Malaysia Sdn Bhd bagi pemohon lepasan STPM telah membuatkan pengkaji memahami bahawa para pemohon yang memohon yang kekosongan jawatan perlu menepati setiap spesifikasi dan penghuraian kerja yang diperlukan oleh sesebuah syarikat.
Antara cadangan untuk analisis pengambilan sumber manusia bagi syarikat yang telah dikaji oleh pengkaji, The Store Malaysia Sdn Bhd , Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd , Sjpom Logistics Sdn Bhd dan Bbx Holdings (m) Sdn Bhd ialah ujian penilaian dijalankan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dengan mengukur kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mental serta fizikal calon. Pada masa yang sama, organisasi juga perlu melaksanakan pemilihan berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut.
Kesimpulannya, Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam sesebuah organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan yang ditawarkan dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi oleh sumber manusia dalam organisasi dapat menghasilkan calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan.
No comments:
Post a Comment