Saturday, 12 June 2021

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2020

 1.0 PENGENALAN

 

Pendidikan merupakan satu proses kemerdekaan individu dalam kehidupan sosialnya. Pendidikan merupakan kebutuhan sepanjang hayat. Perubahan hidup manusia dari semasa ke semasa berlaku dari pelbagai aspek seperti perbuatan, sikap, akhlak dan emosi. Justeru , pendidikan moral perlu pada masa ini untuk mengatur hidup manusia supaya sentiasa maju. Salah satu kepentingan pendidikan moral ialah untuk menyemaikan semangat perpaduan kaum yang tinggi . Disebabkan semangat perpaduan kaum yang semakin terhakis dalam kalangan pelajar , tema Sosial dan Budaya : Pendidikan telah dipilih oleh pengkaji dan tajuk kajian ialah Mata Pelajaran Pendidikan Moral Dapat Menyemaikan Semangat Perpaduan Kaum Yang Tinggi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 . Fokus kajian ini adalah terhadap pengisian mata pelajaran pendidikan moral yang dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar tingkatan 5 .

 

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua , pendidikan ditakrifkan sebagai perihal atau perbuatan mendidik . Menurut Falsafah Pendidikan Negara pula , “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

 

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua , moral bermaksud pegangan atau ajaran bukan dengan buruk baiknya sesuatu perbuatan.Moral  pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang  ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

 

 Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

 

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

 

Berpaksikan Kamus Dewan Edisi Keempat , semangat bermakna kemahuan untuk melakukan sesuatu.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua , pepaduan bermaksud keadaan atau hal berpadu. Kaum pula ditakrif sebagai penduduknya yang terdiri daripada berbagai-bagai.Maka , maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasamaatau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai.Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum.

 

Di samping itu , berpaksikan Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua menyemaikan membawa definisi menanam semangat (sifat yang baik dan lain-lain ) supaya berkembang.

 

Justeru , erti tajuk kajian saya dimaksudkan sebagai perbuatan mendidik pengangan atau ajaran bukan dengan buruk baiknya sesuatu perbuatan yang boleh menanam kemahuan untuk melakukan sesuatu keadaan atau hal berpadu sebagai penduduknya yang terdiri daripada berbagai-bagai.

 

Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.Malaysia perlu mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat negara ini supaya dapat menolak ekstremisme yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian.Keunikan Malaysia yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi asas kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap negara.

 

Namun ,  laut tidak selalu tenang dan langit tidak selalunya cerah, kerana sejak akhir-akhir ini perpaduan yang telah sekian lama terjalin mula rapuh akibat diganggu gugat dek pelbagai anasir. Bibit-bibit perpecahan yang berlaku dikhuatiri boleh membawa pelbagai ancaman terhadap kestabilan negara. Bimbang akan kemungkinan berlaku bencana yang lebih besar lagi, justeru sebagai rakyat yang prihatin kita hendaklah berusaha untuk menyemaikan semangat perpaduan tersebut semula dalam kalangan remaja kerana mereka merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara.

 

Rasional kajian ini ialah punca-punca yang menyebabkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di , yang juga merupakan golongan remaja semakin kurang memuaskan.Pengkaji juga ingin mengetahui bagaimanakah pengisian mata pelajaran pendidikan moral dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum yang tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Smk St. Michael’s Ipoh .Perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara.

 

Maka , wujudnya kerja kursus yang berjudul ‘Mata Pelajaran Pendidikan Moral Dapat Menyemaikan Semangat Perpaduan Kaum Yang Tinggi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 Di  

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

 Objektif kajian saya adalah untuk :

Ø Mengenal pasti punca-punca pelajar mempunyai semangat perpaduan kaum yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar tingkatan 5 

  

Ø Mengkaji cara-cara pengisian mata pelajaran pendidikan moral dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum yang tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 5 

 

 

 4.0 METODOLOGI KAJIAN

 

Bahagian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian , sampel kajian , cara pengumpulan maklumat , memproses dan mempersembahkan data.

 

 

4.1 Reka Bentuk Kajian

 

Kajian ini berbentuk kajian lapangan dan merupakan satu rujukan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan persampelan,pengukuran dan analisis data. Dalam kajian ini , fokus utama ialah punca-punca yang menyebabkan pelajar tingkatan 5 Smk mempunyai semangat perpaduan kaum yang kurang memuaskan dan bagaimana pengisian mata pelajaran pendidikan moral dapat membawa peningkatan terhadap semangat tersebut.

 

4.2 Sampel Kajian

 

Pemilihan sampel unutuk kajian ini ini dilakukan melalui soal selidik secara rawak mudah dan melibatkan 30 orang responden di Smk  yang terdiri daripada pelajar - pelajar tingkatan 5 . Bilangan sampel dikaji bagi mewakili kumpulan pelajar di Smk. Bilangan sampel ini bersesuaian dengan kajian kuantitatif. Pemilihan responden seramai 30 orang merupakan atas kesudian mereka sendiri dan kelapangan para responden untuk menjawab borang soal selidik .

 

4.3 Instrumen Kajian

 

KAEDAH

INSTRUMEN KAJIAN

Kualitatif

Borang temu bual , Rujukan ( internet )

Kuantitatif

Borang soal selidik

 

 

4.3.1 Soal Selidik ( Kaedah Kuantitatif )

 

Soal selidik bertujuan bagi menepati objektif kajian serta untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan ringkas  . Borang yang diberikan kepada responden meliputi tiga bahagian iaitu bahagian A ( demografi responden ) , bahagian B ( punca semangat perpaduan kaum yang kurang memuaskan ) , bahagian C ( bagaimana mata pelajaran pendidikan moral dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum ) .

 

4.3.2 Temu Bual ( Kaedah Kualitatif )

 

 Soalan - soalan yang berkaitan dengan cara-cara pengisian mata pelajaran pendidikan moral dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum yang tinggi disediakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih teliti daripada responden. Temu bual dijalankan secara formal .

 

4.3.3 Rujukan

 

Kaedah ini telah banyak membantu saya dalam memperolehi  maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji dalam proses penyelidikan . Saya telah menggunakan kaedah rujukan ,buku, kamus, internet, akhbar, jurnal dan kajian lapangan.

 

4.4 Cara Pengumpulan Data

 

4.4.1 Data Primer

 

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan dengan pelbagai cara seperti membuat rujukan,temubual dan soal selidik.

 

 

 

 

4.4.1.1 Soal Selidik

 

Borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang responden yang sudi memberikan kerjasama serta layanan yang baik . Kaedah ini digunakan dengan tepat bagi mendapatkan maklumat mengenai punca kekurangan semangat perpaduan kaum dan kemampuan mata pelajaran pendidikan moral bagi meningkatkan semangat tersebut daripada responden di Smk .

 

4.4.1.2 Temu bual

 

Data juga dikumpul menggunakan kaedah temu bual bagi menerima maklumat yang lebih lanjut mengenai kajian . Guru mata pelajaran pendidikan moral ditemu bual lebih kurang selama 10 minit . Jawapan yang diberikan oleh responden berkenaan telah membantu menyiapakan kajian ini .

 

4.4.2 Data Sekunder

 

4.4.2.1 Rujukan

 

Laman-laman web yang berkaitan menjadi salah satu sumber rujukan yang betul bagi mendapatkan maklumat releven mengenai kajian . Bahan-bahan bercetak seperti Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5 turut dirujuk untuk menyiapkan kajian . Kunjungan ke Perpustakaan  juga dilaksanakan dengan tujuan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam .

 

4.5 Cara Analisis Data

 

Berdasarkan kajian saya , ,analisis data telah dibuat hasil daripada kajian hasil borang soal selidik yang telah menggunakan kaedah deskriptif untuk analisis data daripada soal selidik laporan kajian.Maklumat yang diberi adalah amat berfaedah dan telah membolehkan saya menghasilkan kajian yang berguna bagi saya dan juga mereka yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak langsung.

 Berikutnya ialah penghasilan data mengikut skala yang diberi :

 

 

SKALA

MATA

Sangat Tidak Setuju

1

Tidak Setuju

2

Setuju

3

Sangat Setuju

4

 

 


5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan , bahagian akan membincangkan tentang analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah diperoleh daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden . Semua data yang dikumpulkan berdasarkan 2 objektif kajian ini .

 

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

 

 

5.1.1 Agama Responden

 

Untuk mengkaji persepsi pelajar, seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5. Huraian analisis adalah berdasarkan latar belakang responden.

 

 

 

Agama

Nilai ( orang )

Peratus (  )

Hindu

13

43.33

Islam

0

0

Buddha

8

26.67

Lain - Lain

9

30

Jumlah

30

100

Jadual 1 : Bilangan Responden Berdasarkan Agama

 

 

Carta 5.1.1 : Demografi Responden Berdasarkan Agama

1 Peratus mewakili 1 Pelajar                   Sumber: Hasil kajian

 

Jadual 1 serta Carta Pai di atas menunjukkan bilangan responden mengikut agama masing - masing. Responden yang beragama Islam tidak termasuk dalam kajian kerana , Pendidikan Islam menggantikan mata pelajaran Pendidikan Moral bagi mereka.Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden ialah beragama Hindu iaitu seramai 13 orang (43.33%) .Di samping itu , 9 orang responden yang menganut agama selain daripada yang disenaraikan membawa ( 30% ). Bakinya pula seramai 8 orang responden yang beragama Buddha membawa peratus sebanyak ( 26.67 ).

 

Menurut kajian saya , tidak ada perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan agama responden . Kajian ini adalah berdasarkan pandangan pelajar .Oleh hal yang demikian , agama responden tidak dipilih berdasarkan satu agama sahaja .

5.4 ANALISIS TEMU BUAL 

Dalam bahagian ini , guru mata pelajaran pendidikan moral telah ditemu bual selama 10 minit .

 

Soalan pertama yang ditujukan kepada guru merupakan apakah punca-punca pelajar tingkatan 5 di SMK kurang mempunyai semangat perpaduan kaum yang mendapat jawapan bahawa pelajar kini tidak begitu mementingkan nilai-nilai murni yang begitu penting seperti ini kerana lebih mementigkan akademik.

 

Soalan seterusnya adalah bilangan waktu yang digunakan untuk mengajar pendidikan moral di dalam kelas yang merupakan 2 waktu sahaja . Selain itu , pengkaji telah menanyakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan semangat perpaduan kaum. Jawapan yang diberikan oleh guru ialah pihak sekolah menyambut perayaan semua jenis kaum yang mengeratkan hubungan pelajar dan guru yang berbagai- bagai kaum. 

 

Akhirnya , guru ditanya bahawa apakah cara atau kaedah terbaik yang boleh digunakan untuk memperkasakan semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di. Guru memberikan jawapan bahawa setiap pelajar perlu mempraktikkan nilai bertoleransi dan bertolak-ansur antara kaum agar dapat memperkasakan semangat perpaduan kaum dalm diri kalangan pelajar itu sendiri. 

 

 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

 

Bahagian ini akan membincangkan merumuskan segala hasil dapatan kajian mengenai punca-punca kepunyaan semangat perpaduan kaum yang kurang memuaskan dan cara-cara pengisian mata pelajaran pendidikan moral dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum yang tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 5  .

 

6.1 Punca-Punca Pelajar Tingkatan 5  Mempunyai Semangat Perpaduan Kaum yang Kurang Memuaskan

 

  Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dalam mengenal pasti punca-punca pelajar tingkatan 5 Smk  mempunyai semangat perpaduan yang kurang memuaskan .

 

Pada masa yang sama , punca-punca ini meliputi segala yang mempengaruhi pelajar mempunyai semangat perpaduan yang kurang memuaskan seperti ahli agama yang mengkritik kaum lain secara langsung mahupun tidak langsung , propaganda perkauman di laman sosial dan generasi muda menghiraukan kepentingan mempunyai semangat perpaduan kaum yang tinggi .

 

 

6.2 Cara-Cara Pengisian Mata Pelajaran Pendidikan Moral Dapat Menyemaikan Semangat Perpaduan Kaum Yang Tinggi

 

Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6 , hubungan yang baik lagi erat serata rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi meyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat .

 

Pengkaji perlu mengkaji cara-cara pengisian mata pelajaran pendidikan moral dapat menyemaikan semangat perpaduan kaum yang tinggi agar dapat memenuhi objektif kajian.Antara cara yang sedang dilakukan kebanyakan ialah mengelakkan perbincangan isu-isu sensitif di kalangan orang ramai agar tidak membentuk rusuhan yang menjejaskan negara .

 

Tambahan pula , hampir semua pihak sekolah kini mengadakan sambutan perayaan tradisional semua kaum bersama-sama agar dapat membendung sikap diskriminasi antara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam pelajar yang pelbagai kaum .

 

 

6.3 KESIMPULAN

 

Akhirnya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan kaum di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.

 

Kepentingan utama semangat perpaduan kaum adalah dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan .

 

Kepentingan seterusnya ialah bagi memastikan negara mencapai perpaduan yang lebih erat agar dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri .Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit .

 

Konklusinya , kita sering kali melihat atau medengar melalui media massa atau media elektronik mengenai pertempuran yang berlaku antara orang yang berbeza bangsa di  negara sama sehinggan mengorbankan banyak nyawa yang berdosa.Keadaan ini tidak berlaku di negara Malaysia kerana kita memahami semangat perpaduan kaum dan perlu mengingati generasi muda bagi mengekalkannya juga . Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Latihan Perakaunan STPM Semester 3 ( Kertas soalan)

 LATIHAN 1

Jawab dua soalan sahaja. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi, hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa.

 

SOALAN 1

a) Akauntan kos syarikat menyediakan belanjawan boleh ubah bagi kos overhed. Syarikat mengeluarkan sejenis mesin untuk mengempiskan perut. Anggaran pengeluaran adalah sebanyak 30,000 unit untuk tahun 2017, dan memaklumkan kos overhed perkilangan tetap dan berubah adalah seperti berikut:

 

Item Overhed

Kos Tetap

(RM)

Kos berubah seunit

(RM)

Buruh tak langsung

50,000

1.20

Belanja penyelenggaraan

25,000

0.80

Belanja utiliti

12,000

0.50

Belanja sewa

30,000

-

Belanja susutnilai mesin

-

0.20

 

Dikehendaki:

(i) Sediakan belanjawan boleh lentur overhed yang menunjukkan peningkatan pengeluaran sebanyak 10%.                                                                                                            [3 markah]

 

(ii) Sediakan laporan prestasi overhed jika pengeluaran sebenar adalah sebanyak 28,000 unit dalam tahun 2017. Kos overhed yang sebenar berlaku adalah seperti berikut:

 

Item Overhed

RM

Buruh tak langsung

85,000

Penyelenggaraan

45,000

Belanja utiliti

24,500

Sewa

30,000

Belanja susutnilai mesin

5,600

  [5 markah]

(iii) Berikan dua perbezaan antara belanjawan statik dan belanjawan boleh ubah          [2 markah]

 

 

(b)  Penyata Kedudukan Kewangan berikut menunjukkan kewangan dua syarikat, iaitu Syarikat Segar Sdn Bhd dan Syarikat Mekar Sdn. Bhd.

 

Penyata Kedudukan Kewangan  Pada 30 Jun 2018

 

Segar Sdn Bhd (RM)

Mekar Sdn Bhd (RM)

Aset Semasa

 

 

Inventori

                93,000

               65,400

Penghutang(bersih)

              110,400

               81,600

Bank

                23,000

               18,400

Belanja prabayar

                  3,000

                 3,400

 

              229,400

             168,800

Aset Tetap

 

 

Loji dan peralatan (bersih)

              380,600

             320,800

 

              610,000

             489,600

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

 

 

Liabiliti semasa

                92,000

               69,000

Liabiliti jangka panjang

              138,000

             115,000

Modal berbayar

240,000

             240,000

Keuntungan terkumpul

              140,000

               65,600

 

              610,000

             489,600

 

 

 

Maklumat tambahan ;

1. Akaun untung rugi kedua-dua syarikat berkenaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2018 menunjukkan maklumat berikut :

 

Segar Sdn Bhd

Mekar Sdn Bhd

 

RM

RM

Jualan

874,000

662,400

Kos Jualan

585,400

440,800

Keuntungan operasi selepas cukai

66,600

39,000

2. Baki beberapa akaun pada 1 Julai 2017 adalah seperti berikut :

 

 

Segar Sdn Bhd

Mekar Sdn Bhd

 

RM

RM

Inventori

86,200

58,600

Jumlah aset

586,400

476,000

Keuntungan terkumpul

135,600

62,000

Akaun Belum Terima

101,200

75,800

 

3. Jualan syarikat adalah jualan kredit bersih bagi Syarikat Segar Sdn Bhd dan Mekar Sdn Bhd masing-masing adalah 80% dan 90% daripada jumlah jualan.

 

Dikehendaki :

 

(a) Hitung setiap yang berikut bagi Syarikat Segar Sdn Bhd dan Mekar Sdn Bhd dan berikan ulasan bagi setiap perbezaan.

 

i) Nisbah semasa

ii) Pusing ganti Akaun Belum Terima

iii) Kadar pulangan atas aset

iv) Pusing ganti inventori       [8 markah]

(b) Nyatakan syarikat yang mana mempunyai nilai pelaburan yang lebih baik. Berikan ulasan anda.       [2 markah]

 

 

SOALAN 2

(a) Untung bersih Perkongsian NAS yang tercatat pada akaun untung rugi bagi tahun berakhir       

      31 Disember 2017 adalah RM48 900, sebelum mengambil kira perkara-perkara berikut:

 

(1) Belanja susutnilai kenderaan RM3 000 belum lagi dicajkan

(2) Gaji pekongsi RM6 000 direkodkan ke akaun gaji pekerja dan telah dibayar

(3) Utiliti terakru RM230 belum lagi diambil kira

 

Perjanjian  perkongsian menyatakan:

(1) Gaji pekongsi Naji adalah RM10 000 setahun

(2) Untung rugi dibahagikan pada nisbah 2:1:1

(3) Faedah atas modal adalah 6% setahun dan Faedah atas ambilan 5 % setahun.

(4) Wani dan Naji memberi jaminan kepada Shaz bahawa untung yang dibahagikan

kepada Shaz (tidak termasuk faedah atas modal) adalah tidak kurang daripada RM10,000 setahun

Baki akaun modal pada 1 Januari 2017 adalah

Wani

RM 100,000

 

Naji

RM50,000

 

Shaz

RM50,000

Ambilan sepanjang tahun tersebut adalah

Wani

RM 10,000

 

Naji

RM 8,000

 

Shaz

RM 5,000

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikehendaki:

(i) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017               [8 markah]

(ii) Nyatakan dua kelebihan perniagaan perkongsian dari sudut ekuiti                           [2 markah]

 

(b) Syarikat Penglipur Lara Bhd. telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 dengan modal dibenarkan terdiri daripada saham biasa dibenarkan 5,000,000 unit pada nilai par RM2.00 sesaham. Sebahagian daripada maklumat Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Penglipur Lara Bhd. pada 1 Januari 2018 ditunjukkan seperti berikut:

 

Aset

 

 

RM

 

Tunai

7,500,000

 

 

 

Ekuiti

 

 

 

Modal diterbitkan :

2,000,000 saham biasa, nilai par RM2.00 sesaham

 

4,000,000

 

Premium saham

1,000,000

 

Keuntungan tertahan

1,500,000

 

 

 

Bagi tahun 2018, Lembaga Pengarah syarikat telah bersetuju tentang beberapa perkara yang melibatkan pelaburan dan modal syarikat seperti yang berikut:’

 

(1) Pada 1 Februari , syarikat telah menerbitkan 800,000 unit saham biasa pada harga RM3.00  

      sesaham.

(2) Pada 1 April , syarikat telah menerbitkan 50,000 unit debentur 10% yang berharga RM10.00

      setiap unit pada RM8.00 seunit yang dibayar penuh. Debentur ini akan matang dalam tempoh  

      5 tahun.

(3) Pada 31 Mei,  syarikat telah melaksanakan terbitan hak kepada pemegang saham sedia ada

      yang memiliki saham sehingga 30 April dengan nisbah 5 : 1 pada harga RM2.20 seunit.

      Semua terbitan ini telah dilanggan sepenuhnya.

(4) Pada 31 Disember , Syarikat memindahkan pendapatan bersih untuk tahun semasa sebanyak

      RM2,500,000 kepada untung tertahan

(5) Pada 31 Disember, syarikat telah melaksanakan terbitan bonus saham kepada pemegang

      saham sedia ada dengan nisbah 10:1 pada nilai tara menggunakan premium saham.

 

Dikehendaki:

Menyediakan catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga ini.                               [10 markah]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN 3

  

(a) Berikan definisi butiran berikut beserta contoh

i) Tunai

ii) kesetaraan tunai       [3 markah]

 

(b) Berikut adalah item terpilih daripada buku MyRasa Sdn. Bhd.

 

Penyata Kedudukan Kewangan Perbandingan pada 30 Sept 2017 dan 2018

 

 

Aset semasa

2018

(RM)

2017

(RM)

 

Tunai

69,700

  17,600

Akaun belum terima

         41,900

44,000

Faedah belum terima

           4,100

2,800

Inventori

        121,700

116,900

Belanja-belanja prabayar

            8,600

9,300

 

Liabiliti semasa

 

 

Nota belum bayar

22,000

-

Akaun belum bayar

61,800

70,300

Cukai belum bayar

21,800

24,600

Gaji belum bayar

  1,500

1,100

Faedah belum bayar

  4,500

3,200

Lain-lain liabiliti belum bayar

17,900

29,100

  

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 September 2018

Jualan

RM 391,600

Untung (jualan tanah)

10,900      

Hasil faedah

7,300

Kos barang dijual

161,500

Belanja gaji

         63,400

Lain-lain belanja operasi

29,600

Belanja cukai

18,400        

Belanja faedah

13,500

Susutnilai

8,500     

 

Data urusniaga bagi tahun berakhir 30 September 2018 :

1. Belanja susutnilai peralatan RM 8,500

2. Membeli pelaburan jangka panjang RM 37,300

3. Menjual tanah yang berkos RM27200

4. Membeli peralatan dengan terbitan nota belum bayar jangka panjang RM26,300

5. Menjelaskan nota belum bayar jangka panjang RM 24,700

6. Membuat terbitan saham sebanyak 17,300 unit (nilai par RM2.50) dengan premium
RM0.50

7. Membayar dividen tunai RM 64,300

8. Membeli peralatan dengan terbitan nota belum bayar jangka pendek RM 22,000

Dikehendaki:

i) Sediakan Penyata Aliran Tunai mengikut kaedah langsung bagi tahun berakhir 30 September 2018.      [15markah]

ii) Nyatakan dua urusniaga yang tidak melibatkan aliran tunai tapi memberi kesan kepada perubahan aset,liabiliti dan ekuiti                                                      [2 markah]

 

 

JAWAPAN 


SOALAN 1

 

1a(i)    Belanjawan Boleh Lentur Overhed bagi tahun 2017

Tingkat keluaran (unit)

33,000

Buruh tak langsung

89,600

Penyelenggaraan

51,400

Belanja Utiliti

28,500

Sewa

30,000

Belanja susut nilai mesin

6,600

 

(ii) Laporan Prestasi bagi tahun 2017

Item overhed

Kos Belanjawan

Kos Sebenar

Varians

Buruh tak langsung

83,600 √√

85,000

1,400 TM √

Penyelengaraan

47,400 √√

45,000

2,400 M √

Belanja utiliti

26,000 √√

  24,500       

1,500 M √

Sewa

30,000 √

30,000

-

Belanja susut nilai mesin

5,600 √

5,600

-

[11  √ x ½ = 5 ½ max 5m]   

   iii) Perbezaan belanjawan statik dan boleh ubah/lentur

Belanjawan Statik

Belanjawan Boleh Lentur

1.Satu tahap aktiviti                                                 √√

Beberapa tahap aktiviti                                     √√

2. Laporan dibuat berdasarkan penggunaan

    output yang dirancang                                         √√               

Laporan dibuat berdasarkan penggunaan tahap output sebenar                                                             √√

3. Laporan tidak dapat menunjukkan kos terkawal atau tidak pada tahap aktiviti sebenar

Laporan boleh menilai samada  kos terkawal atau tidak pada tahap aktiviti sebenar

                                                                                                                            [4  √ x ½ = 2m]  

 

 

 

 

 

 

 

b)

i) Nisbah/ Syarikat

Segar Sdn Bhd

Mekar Sdn.Bhd

Ulasan

 Nisbah Semasa

=  Aset semasa

Liab. Semasa

229,400 √ = 2.49 : 1 √

   92,000  √

168,800  √= 2.45 : 1 √

    69,000√

Mampu bayar hutang jangka pendek           Sy. Segar lebih baik berbanding Sy Mekar  √√

ii)Pusing ganti ABT

=Jualan kredit

    Purata ABT

(80% x 874,000)

(101,200 +110,400)/2

699,200√        

105,800√   

 = 6.6 1 kali √

(90% x 662,400)

(75,800+81,600)/2

596,160 √  

 78,700√  

=7.58 kali  √

Kawalan kredit Sy Mekar lebih cekap berbanding Sy. Segar  √√

iii) Kadar Pulangan Atas

      Aset

=   UB Selepas Cukai

            Purata aset

66,600

(586,400+ 610,000)/2

66,600 √ x 100

598,200 √

= 11.13 % √

39,000

(476,000+489,600)/2

39,000 √ x 100 482,800√  

=8.07% √

 

Sy. Segar lebih cekap mengguna aset untuk menjana untung berbanding Sy. Mekar  √√

iv)Pusing ganti inventori

 =    Kos Jualan

        Inventori purata

 

585,400

(93,000+ 86,200)/2

= 585,400√   

  89,600 √

=6.53 kali  √

440,800

(65,400+58,600)/2  

440,800 √

62,000 √

=7.11 kali √

Pengurusan inventori Sy. Mekar lebih cekap berbanding

Sy. Segar √√

32  √    x  ¼  = [ 8m]            

 

b) Dari segi pelaburan Syarikat Segar √√mempunyai nilai pelaburan yang lebih baik kerana kadar pulangan atas aset √√ adalah jauh lebih baik berbanding Syarikat Mekar       (2m)                                                

 

 


SOALAN 2

a) i) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

Untung bersih  (48,900+6000-3000-230)                               51,670√√√

 

          (+) faedah atas ambilan:

                Wani(5%x10000)                        500√

                Naji   (5%x 8000) 400√

Shaz(5% x 5000) 250 √    1,150

52,820

(-) faedah atas modal

Wani (6%x 100,000)        6,000  √√

    Naji    (6%x 50,000)    3,000  √√

    Shaz   (6%x 50,000) 3,000  √√  12,000

 

                  Gaji – Naji       10,000       22,000

        30,820

Pembahagian Untung:

   Wani (2/3 x 20,820)                  13,880  √√

   Naji (1/3 x 20,820 )         6940  √√

               Shaz        10,000  30,820

 

 [17 √ x ½ =8 ½ max 8m]

 

ii) Dua kelebihan perniagaan perkongsian dari sudut ekuiti

 

1) Tiada had modal yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pendaftar Perniagaan Malaysia untuk perkongsian √√

2) Perniagaan perkongsian boleh mendapatkan sumber modal tambahan daripada setiap rakan kongsi perniagaan √√

3) Kemungkinan untuk menikmati kelebihan dari segi cukai di mana dari segi status perniagaan perkongsian tidak tertakhluk kepada cukai pendapatan syarikat tetapi hanya tertakhluk kepada cukai pendapatan individu       

4) Proses pemulangan ekuiti kepada rakan kongsi yang menarik diri adalah lebih mudah berbanding proses pemulangan ekuiti syarikat berhad.                                 

[mana-mana dua = 2m]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

b)

 

Butiran

Debit

Kredit

 

2018

Feb. 1

Tunai

                  Modal Saham Biasa

                  Premium Saham Biasa

 (merekod Saham Biasa)

 2,400,000 √

 

 

1,600,000  √

  800,000   √

 

Apr. 1

Tunai

Diskaun Debentur

                  10% Debentur

(menerbitkan debentur)

   400,000  √

   100,000 √√

 

 

 

500,000 √

 

Mei 31

 

 

Tunai

                   Modal Saham Biasa

                   Premium Saham biasa

(merekod terbitan saham biasa)

1,232,000 √

 

 1,120,000  √√

  112,000   √√

4000,000

1600,000

5,600,000/5

= 1,120,000

Dis 31

Pendapatan bersih

                  Keuntungan Tertahan

(memindahkan pendapatan bersih)

2,500,000  √

 

 

2,500,000 √

 

Premium Saham Biasa

                Modal Saham Biasa

(Merekod terbitan saham bonus)

672,000  √

 

672,000  √√

5,600,000

1,120,000

6,720,000 /10

=672,000

Faedah Debentur (10%x500,000 x 9/12)

                Faedah Belum Bayar

(merekod faedah deb. Belum bayar)

   37,500 √√   

 

 37,500√  

 

 

 

[ 20 X ½  = 10m]


SOALAN 3

 

(a)

i. Tunai di tangan / dan deposit-deposit permintaan /. Contoh: cek tunai, wang tunai di bank, draf bank dan wangpos / (salah satu contoh)

ii. Setara tunai

Ø pelaburan yang sangat mudah cair dalam jangka pendek /

Ø tersedia pada bila-bila masa untuk ditukarkan kepada sejumlah tunai /

Ø dipegang untuk tujuan memenuhi komitmen tunai jangka pendek dan bukan untuk tujuan pelaburan atau kegunaan lain.

Ø Contoh: pelaburan jangka pendek /  [3 markah]

(b)

MyRasa Sdn. Bhd.

Penyata Aliran Tunai bag itahun berakhir 30 September 2018/

Aliran tunai dari aktiviti operasi

RM

RM

Penerimaan daripada pelanggan (391600 +44000-41900)

393,700

///

Hasil Faedah (2800 +7300-4100)

6,000

//

Bayaran kepada pembekal (161500+121700-116900+70300-61800)

(174,800)

/////

Bayaran untuk lain-lain belanja (29100+29600+8600-9300-17900)

(40,100)

/////

Bayaran gaji (63400+1100-1500)

(63,000)

//

Bayaran cukai (18400+24600-21800)

(21,200)

//

Bayaran Faedah (13500+3200-4500)

(12,200)

//

Aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi

 

88,400

 

 

 

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan

 

 

Jual tanah

38,100

//

Beli pelaburan jangka panjang

(37,300)

/

Aliran tunai bersih daripada aktiviti pelaburan

 

800

 

 

 

Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan

 

 

Bayaran nota belum bayar

(24,700)

/

Terbit saham biasa [17300 x( 2.50+0.50)]

51,900

//

Bayar dividen

(64,300)

/

Aliran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan

 

(37,100)

 

 

 

Lebihan tunai

 

/52,100

+ Baki awal tunai

 

17,600

Baki akhir tunai

 

69,700

  [30 / X ½ =15  markah]

 

Urusniaga yang menyebabkan perubahan aset, liabiliti dan ekuiti tetapi tiada kesan PAT

i)  Penilaian semula aset tetap

ii) Pembelian aset dengan menerbitkan saham, bon, nota belum bayar dan lain-lain liabiliti

iii) Terbitan saham bonus

iv) Menjelaskan liability dengan menerbitkan saham

v)  Menjelaskan liabiliti dengan menukarnya dengan aset bukan tunai 

 

 

 

LATIHAN 2 ( 2015 PAST YEAR QUESTION )








JAWAPAN ( 2015 )